Pasukan Polis Marin (PPM), berjaya merampas 4850 bungkus rokok seludup dalam satu serbuan menerusi Ops Gelora Khas di Batu 3 Jalan Apas, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, unit risikan Marin (URM) bertindak melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah atas air di lokasi tersebut sebaik menerima maklumat berkaitan aktiviti itu.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata pasukannya yang melakukan pemeriksaan mendapati rumah tersebut tidak berpenghuni.
“Pemeriksaan lanjut ke dalam sebuah bilik di rumah tersebut telah menjumpai tujuh buah kotak dan tiga bungkusan plastik hitam yang mengandungi pelbagai jenis rokok disyaki diseludup dari negara jiran.
“Sepanjang pemeriksaan dijalankan, tiada siapa yang tampil mengaku sebagai pemilik barang berkenaan,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Beliau berkata, kesemua rokok tersebut dirampas dan dibawa ke pangkalan Marin Tawau sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.
“Nilai keseluruhan rampasan rokok tersebut selepas cukai dianggarkan berjumlah RM59,967.60 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,”katanya. – Utusan Borneo

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad