Diskaun 50% kalau bayar kompaun langgar SOP PKP dalam tempoh 7 hari

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan, mengumumkan individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan boleh mendapatkan potongan 50%, jika membayarnya dalam masa tujuh hari.

“Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50%,” katanya hari ini.

Orang kurang upaya (OKU) atau miskin juga boleh merayu jika tidak mampu untuk membayar kompaun itu, katanya.

“Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50%,” katanya pada sidang media.

Mereka yang membayar kompaun dalam masa 14 hari juga akan diberi diskaun 25%, tambahnya.

Sementara itu, Takiyuddin mengumumkan pengenalan kadar berbeza mengikut tiga kategori kesalahan iaitu tinggi, sederhana, dan biasa.

Katanya lagi, orang kurang upaya dan miskin boleh merayu jika tidak mampu membayar kompaun itu. Kerajaan juga sedia pertimbangkan rayuan pelajar, B40, dan penghidap penyakit kronik.