Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah ada menerima maklumat berhubung cubaan kemasukan anasir-anasir tidak diingini ke kawasan perairan negara.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, maklumat berkenaan adalah hasil kerjasama rapat dan perkongsian maklumat dengan pasukan keselamatan Filipina dan Indonesia.
Katanya, antara maklumat yang diperolehi termasuk berkaitan pergerakan anasir-anasir di kawasan perairan Sabah termasuk Laut Sulu dan Laut Sulawesi, Indonesia.
“Bagaimanapun, setakat ini, tahap keselamatan di perairan negeri ini khususnya di pantai timur berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Ini berikutan kawasan perairan yang menjadi sempadan selatan Filipina, Indonesia dan negeri ini sentiasa menjadi keutamaan pihak berkuasa semua negara yang terbabit” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hazani berkata, ini terbukti dengan perkembangan sejak akhir-akhir ini yang mana banyak operasi dijalankan oleh pihak keselamatan pasukan Filipina untuk memantau sebarang gerakan kumpulan militan di negara berkenaan.
“Dalam laporan terbaru, pihak berkuasa Filipina berjaya menembak mati salah seorang suspek yang tersenarai antara individu dikehendaki ESSCOM iaitu Apo Mike.
“Selain itu, semua empat mangsa tebusan yang diculik di perairan negeri ini juga berjaya diselamatkan,” katanya.
Sehubungan itu, Hazani berkata, masyarakat setempat disarankan supaya tidak khuatir untuk meneruskan aktiviti harian di perairan negara kita.
“PDRM dan ESSCOM akan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan membuat rondaan sepenuhnya di kawasan perairan pantai timur Sabah khususnya kawasan ‘hotspot’ yang dikenalpasti,” katanya.
Dalam laporan media terbaru, salah seorang individu dikehendaki, Apo Mike yang juga sub-komander Abu Sayyaf berjaya ditembak mati pihak berkuasa Filipina.
Suspek yang dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016 ditembak
Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). – Asia Times

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ