Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Kundasang, Ranau pada 8.42 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan gempa itu berlaku 13 kilometer di barat pekan Ranau.
Menurut kenyataan tersebut, gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain dalam daerah Ranau.
Pada bulan lepas, Ranau dilanda tiga gempa bumi lemah iaitu pada 18 April lepas bermagnitud 2.8 diikuti keesokan harinya yang bermagnitud 2.7 dan pada 23 April (bermagnitud 2.5).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkaitan kejadian itu.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ