Betul-betul mengganas, kes Covid-19 ini hari 8,290

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,290 kes baharu Covid-19, sekali lagi rekod tertinggi dicatatkan hari ini.

Ini kali pertama jumlah jangkitan harian melepasi 8,000 sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Rekod sebelum ini ialah 7,857 kes dicatatkan semalam, 27 Mei.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi Facebooknya berkata jumlah jangkitan kini adalah 549,514.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,052.