Seorang pemandu terselamat selepas kenderaan yang dinaiki terbakar dalam kejadian di Jalan Lintas berhampiran Taman Iramanis, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang dikatakan terkejut selepas mendapati api mula marak dari bahagian enjin.
Panik dengan kejadian itu, pemandu wanita terbabit terus menghentikan kenderaan di tepi jalan sebelum keluar menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 petang.
Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu memadam kebakaran.
“Kebakaran membabitkan sebuah kenderaan jenis Suzuki Vitara yang dinaiki seorang mangsa wanits.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan operasi pemadaman berjaya ditamatkan pada jam 1.42 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Agustavia berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian dalam kejadian ini masih dalam siasatan. – Aisa Times

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ