Pendaftaran bagi pelajar susah untuk melanjutkan pengajian dengan biasiswa masih dibuka sehingga esok.
Ketua Pegawai Operasi Yayasan WISDOM, Zila Fawzi berkata, ia terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Biasiswa daripada Kumpulan Halim Mazmin bagi Pengajian Asasi Perniagaan di MERITUS Universiti.

“Ia merupakan hasil kerjasama yang terjalin antara Yayasan WISDOM dengan MERITUS Universiti,” katanya.
Menurut Zila kelayakan adalah mesti daripada keluarga yang mengalami masalah kewangan dan dilahirkan di Sabah.
“Pemohon juga mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM dan bersetuju menyambung kursus ijazah dengan MERITUS University kelak.
“Untuk memohon boleh melayari https://www.wisdomfoundation.org.my/programmes-hmgswf-meritus-university-july2021,” katanya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Freeda melalui WhatsApp (+60146994712) atau emel info@wisdomfoundation.org.my.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ