Harga runcit petrol RON97 naik manakala harga RON95 dan diesel tidak berubah, kata Kementerian Kewangan hari ini.
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM2.67 seliter kepada RM2.69 seliter.
Sementara itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga baharu itu akan berkuat kuasa dari 1 hingga 7 Julai.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad