Kementerian Kesihatan melaporkan 6,988 kes baharu Covid-19 dan 84 kematian, manakala 5,580 pesakit pulih.
Ini menjadikan 688,260 daripada 758,967 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 5,254 lagi meninggal dunia akibat virus itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 65,453 kes aktif dengan 445 daripada 917 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, katanya, lima ialah kes import dan baki 6,983 kes penularan tempatan.
Beliau dalam kenyataan berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,885 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 988 kes, Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250), Sabah (232), Pahang (195), Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50) dan Putrajaya (10).
Perlis hanya mencatatkan satu kes.
Daripada 84 kematian itu, Hisham berkata, 46 kes dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur (6), Negeri Sembilan (6), Johor (6), Sabah (5), Sarawak (4), Melaka (4), Labuan (3), Pahang (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).
Ia membabitkan 77 warganegara dan tujuh warga asing berusia 23 hingga 90 tahun, dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan strok.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ