Klip video memaparkan satu kejadian ragut yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak petang tadi, tidak berlaku di Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah yang dihubungi mengesahkan tiada sebarang kejadian ragut dilaporkan.
Katanya, pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan berkenaan kes ragut di dalam premis perbankan atau mesin ATM dalam tempoh seminggu sehingga kini.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati tiada premis mesin ATM yang sempit seperti itu di sekitar ibu negeri.
“Dalam tempoh seminggu ini, kita juga tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa menjadi mangsa ragut terutama di premis perbankan atau ATM,” katanya.
Mohd Zaidi turut memberi jaminan bahawa pihak polis sentiasa melaksanakan penugasan terbaik bagi memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian di sekitar daerah ini sentiasa terpelihara.
Sementara itu, rakaman berdurasi 45 saat itu memaparkan seorang wanita menjadi mangsa ragut seorang lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pisau.
Rakaman berkenaan yang tular didakwa berlaku di sebuah premis mesin juruwang automatik (ATM) yang didakwa berlaku di Damai.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad