Sekolah Kebangsaan Membedai telah mengadakan Program Kem Bestari Solat (KBS) secara dalam talian, kelmarin yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri W.P Labuan, Yusup Haji Mohamad
Objektif program ini dilaksanakan ialah untuk membimbing murid untuk melaksanakan solat dengan sempurna dan baik, membantu murid memperbetulkan kesalahan biasa di dalam solat serta mendidik murid tentang kepentingan kesempurnaan solat.
Dalam ucapan perasmian tersebut, Yusup mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga Sekolah Kebangsaan Membedai, khususnya Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kerana berjaya menjalankan Kem Bestari Solat secara dalam talian walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.
Beliau menzahirkan kegembiraan ke atas penyertaan murid yang ramai dalam program ini. Yusup memperingatkan kepada yang hadir dan murid-murid SK Membedai tentang kepentingan dan kewajipan menunaikan solat kerana ia merupakan rukun islam yang kedua.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid yang hadir untuk memberi sokongan dengan menyertai kem secara dalam talian.

Seorang murid SK Membedai sedang melaksanakan amali solat secara dalam talian dibimbing oleh Ustaz Nawawi
Yusup turut bersama menyaksikan pelaksanaan amali solat murid-murid dan beliau gembira kerana mereka dapat melakukan solat dengan baik.
Ucapan tahniah kepada panita Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ke atas kejayaan mendapat pingat emas dan “ Judge’s Choice “ didalam pertandingan inovasi LaRIS Creativity and Innovation Showcase 2021 peringkat kebangsaan baru-baru ini.
Program telah dihadiri oleh Guru Besar Sk Membedai, Mohamed Al Ghaffar Haji Mohamed Maidin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustazah Kamriah Salim, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustazah Rahimah barisan Pentadbir Sk Membedai, Guru-guru SK Membedai dan ibubapa.
Program ini dibimbing oleh Ustaz Nawawi Ejal selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Ustaz Mohammad Akmal Danial Hazani, Ustazah Nasibah Abdullah dan Ustazah Anfal Amir.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara