Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang terjatuh dari anjung rumahnya di Kampung Pulau Bai, di Sandakan semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, sebaik menerima maklumat kira-kira jam 6 petang, operasi carilamat segera dijalankan bersama beberapa agensi lain.
Katanya, operasi carilamat dipecahkan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan pembabitan lima aset laut.
“Antara agensi terbabit adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira jam 6.30 pagi tadi dan terus dihantar ke rumah keluarga mangsa untuk pengesahan,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Zainuddin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan bersama bapa mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama (M) Datuk Mohd Rosli Abdullah mewakili pihak Maritim Malaysia merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi terbabit.
Katanya, tidak lupa juga kepada semua komuniti nelayan yang terlibat sepanjang operasi CARILAMAT dijalankan sehingga ditamatkan pada jam 8.00 pagi tadi. . – Asia Times

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ