Yayasan WISDOM akan mengadakan webinar bertajuk Cari Kerja dalam Norma Baharu: Cabaran dan Penyelesaian, esok.
Ketua Pegawai Operasi Yayasan WISDOM, Zilla Fawzi berkata, webinar ini akan membincangkan isu-isu berkaitan pengangguran belia di Malaysia khususnya pada musim pandemik Covid-19.
“Dua orang pembentang akan mengemukakan kertas kerja iaitu Pakar Strategi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif iFiqr Solutions, Dr Mazalan Khamis; dan Penganalisa EMIR Research, Amand Yeo Yan Nin.
“Webinar ini akan turut melibatkan tiga ahli panel iaitu bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia yang juga Ahli Parlimen P163 Kulai Johor, Teo Ni Ching; Ketua Pergerakan Generasi Muda UPKO, Maxolvin Sintore; dan Penganalisa Bersekutu Khazanah Research Institute, Sitti Aiysyah Tummin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Zilla, webinar tersebut akan membincangkan tentang cabaran belia dalam mencarai peluang pekerjaan pada era pandemik ini.
“Para ahli panel juga akan membincangkan faktor yang membawa kepada isu ini serta cadangan-cadangan ke arah jalan penyelesaiannya.
“Sehubungan itu, orang ramai dipelawa sama-sama mengikuti webinar ini dan turut serta dalam mengemukakan sebarang cadangan, pandangan atau persoalan kepada pembentang dan ahli panel.
“Webinar akan bermula pukul 8.00 – 9.30 malam. Ia boleh disaksikan melalui sama ada mealui aplikasi Zoom atau laman facebook,” jelasnya.
Ujar Zilla, untuk mereka gemar berada di facebook, siaran langsung boleh diikuti di @myWISDOMF @Madiustangau.
Manakala, di aplikasi Zoom, orang ramai boleh mengikuti webinar di pautan menggunakan ID Zoom 821 9483 7570.
“Sekiranya anda memilih Zoom, anda perlu terlebih dahulu mendaftarkan nama di pautan .
“Anda dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan pengendali Zoom sepanjang webinar. Kemasukan ke Zoom akan ditutup pada 8:15PM, dan peserta yang kurang sopan akan disingkirkan,” tambah Zilla.
Webinar yang berlangsung selama sejam 30 minit itu akan dihoskan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan WISDOM, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad