Ini hari Covid-19 ada 10,710 kes baru, Sabah 666 kes

PELABUHAN KLANG 10 DISEMBER 2020. Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di kawasan perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing. STR/FAIZ ANUAR

 Kementerian Kesihatan melaporkan 10,710 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 916,561.


Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 4,828.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 945 kes, Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Penang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Kelantan (146), Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50) dan Perlis (lima).