Seorang ‘pakcik’ yang baik hati mendermakan RM100 adalah antara 9,836 orang yang membantu menyumbang untuk wang jaminan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuatkan bekas menteri itu begitu tersentuh.
Dalam hantaran di Facebook, Syed Saddiq berkata beliau telah menutup pengumpulan dana itu kerana berjaya memperoleh lebih banyak daripada yang diperlukannya untuk membayar jaminan mahkamah berjumlah RM330,000 susulan pendakwaan terhadapnya semalam.
Malah jumlah dikumpulkan, RM715,523 lebih sekali ganda dalam tempoh hanya 24 jam.
Syed Saddiq mengongsikan pertemuannya dengan ‘pakcik’ berkenaan di pejabatnya, yang beliau sangka datang untuk meminta bantuan.
“Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya. Saya terasa sebak,” katanya.
“Saat beginilah saya teringat kenapa saya menyertai bidang politik. Bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah.”
Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk wang jaminannya itu, malah menganggap dirinya “terhutang budi selamanya” dan akan terus melawan mereka yang menekannya.
“Tiada ugutan. Tiada ancaman. Tiada tawaran yang mampu melemahkan semangat saya untuk mengutamakan Malaysia.
“Saya di sini kerana rakyat. Jatuh bangun di tangan rakyat.”
Syed Saddiq semalam mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyeleweng RM1.12 juta milik Pemuda Bersatu.
Daripada jumlah itu, RM120,000 dikatakan dana parti untuk Pilihan Raya Umum 2018, manakala RM1 juta lagi didakwa dikeluarkan tanpa izin kepemimpinan parti.
Syed Saddiq dibenarkan jaminan RM330,00 bagi kedua-dua tuduhan. Beliau telah membayar RM80,000 manakala bakinya sebanyak RM250,000 perlu dijelaskan pada Selasa.
Beliau telah memulakan usaha pengumpulan dana malam tadi untuk menghimpunkan jumlah itu selain bagi membayar yuran guaman.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah