Kementerian Kesihatan melaporkan 14,516 kes baharu Covid-19 dan 207 kematian, manakala 9,327 pesakit sembuh.
Angka korban itu adalah rekod terbaharu berbanding 199 kematian yang dicatatkan 21 Julai lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 853,913 daripada 1,027,954 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala 8,201 orang meninggal dunia akibat jangkitan itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 165,840 kes aktif, dengan rekod tertinggi 1,009 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 524 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,508 kes.
Ia disusuli Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160), Sabah (720), Perak (590), Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Pahang (386), Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346), Terengganu (245), Putrajaya (94), Labuan (lapan) dan Perlis (dua).
Daripada jumlah kes baharu itu, tiga ialah kes import dan baki 14,513 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 11,480 warganegara serta 3,033 warga asing.
Hisham berkata, 207 kematian itu membabitkan 184 warganegara dan 23 warga asing, dengan semuanya kecuali 47 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 14 orang hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.
Selangor terus mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 57 kes, disusuli Kuala Lumpur (52), Johor (24), Kedah (19), Melaka (18), Negeri Sembilan (14), Pahang (tujuh), Sabah (enam), Perak (lima), Pulau Pinang (tiga) dan Terengganu (dua).
Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.15 setakat semalam.
Terengganu terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.36, diikuti Kedah (1.26), Sabah (1.24), Pulau Pinang (1.23), Kelantan (1.22), Johor (1.20), Perak (1.19), Selangor (1.16), Pahang (1.13), Putrajaya (1.12), Melaka (1.06), Negeri Sembilan (1.03), Sarawak (1.02) dan Labuan (0.70).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ