16,117 kes Covid-19 ini hari dengan 207 mati

 Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16,117 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 170,224 kes aktif dengan 1,023 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 524 memerlukan bantuan pernafasan.

Katannya, jumlah jangkitan kini 1,044,071 manakala kes sembuh 11,526 dengan jumlah kumulatif sebanyak 865,439.

Kematian pula mencatatkan 207 kes menjadikan jumlah keseluruhan 8,408 setakat ini.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,616.

Diikuti Kuala Lumpur (2,457), Kedah (1,000), Johor (907), Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403), Terengganu (317), Putrajaya (122), Labuan (11) dan Perlis (2).