Ini hari ada 20,546 kes Covid-19 dan 282 mati

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20,546 kes Covid-19 dan 282 kematian setakat hari ini.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,404,899.

Hisham berkata, terdapat 16,945 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,145,128.

Terdapat 247,261 kes aktif dengan 1,059 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 526 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 282 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 12,510 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 7,307.

Ia diikuti oleh Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069), Kelantan (1,025), Sarawak (963), Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21) dan Labuan (3).

Hisham berkata, sebanyak 282 kes kematian hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 45 kes di Kuala Lumpur, 44 kes di Johor, 24 kes di Pulau Pinang, 15 kes di Kedah, 13 kes di Perak, sembilan kes di Sabah.

Manakala, masing-masing enam kes di Sarawak dan Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, empat kes di Pahang, dan tiga kes di Kelantan.

“Kes kematian itu membabitkan 213 warganegara dan 69 orang bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 14 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.20), serta Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.17).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.