19,631 kes ini hari, Sabah ada 2,103 kes

PELABUHAN KLANG 10 DISEMBER 2020. Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di kawasan perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing. STR/FAIZ ANUAR

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19,631 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,444,270 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,753 kes.

Ia diikuti dengan Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Kelantan (1,268), Pulau Pinang (1,275), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37).

Labuan tidak mencatatkan jangkitan baru hari ini, sementara Sabah dan Pahang mencatat jumlah kes yang tinggi.