20,579 kes baru Covid-19, Sabah 2,578

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 20,579 kes baharu Covid-19, dengan 285 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, terdapat 20,845 pesakit telah pulih menjadi jumlah yang pulih setakat ini adalah 1,422,005.

Beliau berkata jumlah jangkitan ketika ini adalah 1,706,089.

Sementara itu, 285 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian kini melebihi 16,000 menjadi 16,087.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 4,591.

Ini diikuti oleh Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316), Perak (1,208), Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan (2).

Pahang melaporkan rekod tertinggi dalam jumlah kes hari ini.

Ketika ini terdapat 267,997 kes aktif, dengan 1,009 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 477 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.