Mayat seorang lelaki ditemukan dalam kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam, Kota Kinabalu, di sini lewat petang semalam, selepas kenderaan itu berjaya dikeluarkan dari air pada 11.28 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dipetik Bernama berkata, mangsa yang ditemui adalah penumpang kereta tersebut iaitu Juning Maturun, 37. Mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis.
“Operasi pencarian bagi mangsa kedua (pemandu Simon Sanga Tupe, 68) masih dijalankan bersama Unit K9, Pasukan Penyelamat di Air, pihak polis dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan.

Semalam tular video kereta berkenaan cuba menyeberangi sebuah jambatan yang dilimpahi air sebelum dihanyutkan arus deras ke dalam sungai berhampiran dalam kejadian kira-kira 6 petang.
Saksi kejadian Lester Bingkasan yang juga wartawan sukan memberitahu FMT beliau bersama deretan kenderaan menunggu lebih tiga jam untuk merentasi jambatan yang dilimpahi air sungai itu.
Katanya, tiga kenderaan pacuan empat roda berjaya merentasi jambatan itu selepas hujan semakin reda, dengan pemandu Myvi berkemungkinan mahu mencuba merentasi.
Bagaimanapun, katanya kereta terbabit dibawa arus deras.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ