15,549 kes Covid-19 ini hari. Sabah ada 1,395 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan 15,549 kes harian baharu Covid-19 dan 17,205 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 1,840,453 daripada 2,082,876 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 1,165 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), 888 daripadanya disahkan sebagai kes Covid-19 dan 277 disyaki positif.

Sementara itu, 689 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 401 disahkan sebagai kes Covid-19 dengan selebih 288 kes disyaki positif.

Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,929 kes.

Ini diikuti oleh Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120), Kedah (1,073), Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31), dan Labuan (11).

Daripada jumlah kes baharu itu, Hisham berkata, lima adalah kes import dan 15,544 kes penularan tempatan yang membabitkan 13,954 warganegara serta 1,590 warga asing.

Katanya, 263 daripada jumlah kes baharu itu adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 15,286 kes adalah Kategori 1 dan 2.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.95 setakat semalam.

Sarawak mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.11, disusuli Terengganu (1.05), Perak (1.04), Pahang (1.04), Johor (1.01), Pulau Pinang (1.00), Perlis (0.98), Kelantan (0.97), Sabah (0.92), Melaka (0.91), Kedah (0.90), Negeri Sembilan (0.87), Putrajaya (0.87), Selangor (0.85), Kuala Lumpur (0.81), dan Labuan (0).