Kementerian Kesihatan melaporkan 14,990 kes baharu Covid-19 berbanding 19,702 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 1,917,088 daripada 2,142,924 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Daripada jumlah kes baharu itu, 338 kes atau 2.3% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 14,652 kes atay 97.7% lagi dalam Kategori 1 dan 2.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,115 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 882 orang disahkan positif Covid-19 dan 233 lagi dalam siasatan.
Beliau berkata, 618 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan, dengan 393 orang disahkan positif Covid-19 dan selebihnya 225 lagi disyaki positif.
Daripada jumlah baharu itu, lima ialah kes import dan baki 14,985 kes penularan tempatan membabitkan 13,763 warganegara serta 1,222 warga asing.
Katanya, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,414 kes.
Ia diikuti Johor dengan 1,880 kes, Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199), Kedah (1,007), Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (3).
Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.95 setakat semalam.
Pahang terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.05, disusuli Sarawak (1.04), Terengganu (1.02), Perak (1.01), Johor (0.99), Kelantan (0.99), Perlis (0.99), Pulau Pinang (0.96), Putrajaya (0.96), Sabah (0.90), Kedah (0.88), Melaka (0.88), Selangor (0.87), Negeri Sembilan (0.86) dan Kuala Lumpur (0.83).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ