Dua lelaki yang menjalankan aktiviti mengebom ikan nekad terjun ke laut bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa dalam kejadian di perairan Pulau Banggi, di Kudat, semalam.
Dalam kejadian 1.50 petang itu, kedua-dua suspek yang cuba dihampiri bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertindak melarikan diri ke kawasan cetek di hutan bakau berhampiran sebelum hilang tanpa kesan.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Boon Chin Chau berkata, hasil maklumat Unit Perisikan Maritim Malaysia, kedua-dua suspek dipercayai menjalankan aktiviti bom ikan di perairan daerah ini.
Katanya, pemeriksaan terhadap bot berkenaan menemui tujuh botol bom ikan yang mengandungi baja bersama satu paket kecil racun ikan dan tujuh bahan peledak beserta sumbu.
“Bot berkenaan dan peralatan bom ikan kemudiannya dirampas dan dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan bahan letupan (bom ikan) untuk menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Sehubungan itu, Chin Chau berkata, komuniti maritim dinasihatkan supaya melaporkan sebarang salah laku jenayah atau maklumat kecemasan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kudat.
Katanya, maklumat boleh disalurkan menerusi talian 088-611858 atau talian MERS999 yang beroperasi 24jam. – Asia Times

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata