Kecekapan Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan siasatan berjaya menahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah di kawasan ladang sawit berhampiran Ladang Sawit Zhen Dong, di Lahad Datu, semalam.

Dalam operasi jam 3 petang itu, lelaki berusia 25 tahun terbabit didapati membawa 12 paket ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dipercayai untuk dijual kepada pelanggannya.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, suspek pada awalnnya dilihat menunggang motosikal bersama seorang lagi lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, sebaik ditahan, pembonceng motosikal terbabit bagaimanapun bertindak melarikan diri ke dalam ladang sawit sebelum gagal dikesan.
“Pasukan operasi terus memperkenalkan diri sebagai anggota pihak berkuasa sebelum menjalankan pemeriksaan terhadap badan dan beg sandang yang dibawa suspek.
“Pemeriksaan berjaya menemui dadah jenis syabu seberat 4.21 gram yang dianggarkan bernilai RM400 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Abdul Rani berkata, suspek dan motosikal serta dadah yang dirampas kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) akta yang sama. – Asia Times

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad