Rakyat Sabah menuntut agar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya, kata Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Felix Joseph Sitin.
Beliau berkata, perkara itu adalah antara yang dibincangkan bersama Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Malaysia Howard Lee.
“Pemuda PH harus memainkan peranan penting bagi membina sebuah negara Malaysia yang baru, adil, saksama dan inklusif.
“Kami juga bersetuju untuk memperkasakan kerjasama erat dan kesefahaman padu dikalangan Pemuda PH,” katanya dalam perkongsian melalui Facebooknya selepas mengadakan perjumpaan dengan Howard, di sini, hari ini.
Howard berada di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja beliau.
Felix berkata, selain isu MA63, beliau juga menyampaikan beberapa isu penting yang menjadi keutamaan anak-anak muda dan para belia di Sabah.
“Antaranya isu ekonomi, pendidikan, peluang kerjaya dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan belia,” katanya. – Nabalu News

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ