Prihatin nasib rakyat, Ahli Parlimen Tuaran beri sumbangan dua keluarga OKU di Topokon

Keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau sentiasa berterusan tanpa mengira sama ada di blok kerajaan mahu pun pembangkang.

Baru-baru ini beliau telah mengunjungi dua buah rumah di Topokon yang mempunyai anak-anak kelainan upaya (OKU).

Madius berkata lawatan itu adalah di Kampung Wangkod Topokon di rumah keluarga Emannuel .

“Dua daripada anaknya adalah OKU. Salah seorang ialah yang berada dalam gambar sedang dalam dakapan ibunya.

“Nama anak ini Noel Emmanuel. Walaupun mempunyai anak-anak istimewa tetapi mereka membesarkan semua anak-anak dengan penuh belaian kasih sayang.

“Saya turut terharu melihat dan mendengar kisah mereka. Semoga keluarga ini terus cekal,” katanya.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban keluarga Emannuel.

Dalam pada itu, belia turut melawat sebuah lagi rumah yang mempunyai adik beradik OKU.

“Pada hari yang sama, saya juga singgah di Kampung Pinagayo, Topokon.Disini saya menziarahi saudara Christopher Sudar dan Heinz Sudar.

“Kedua adik beradik ini juga merupakan golongan kelainan upaya,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.