4,782 kes Covid-19 ini hari

Kementerian Kesihatan melaporkan 4,782 kes harian baharu Covid-19 dan 7,414 pesakit sembuh.

Ini menjadikan keseluruhan 2,334,783 daripada 2,436,498 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 607 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), 514 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 93 disyaki dijangkiti.

Sementara itu, 300 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 217 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 83 disyaki positif.

Hisham berkata, 4,767 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 4,575 warganegara dan 192 lagi bukan warganegara. Terdapat juga 15 kes yang diimport.

Tambahnya daripada jangkitan baharu itu, hanya 2.0% adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, nilai R-Naught negara direkodkan berada pada kadar, dengan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur mempunyai kadar R-Naught tertinggi 1.00.

Manakala, negeri lain mencatat nilai kurang dari 1.00 R-Naught.