Seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan dua kenderaan membabitkan sebuah lori 3 tan dan pacuan empat roda yang bertembung di Batu 17, Jalan Labuk, di Sandakan, kelmarin.
Menurut Sabah 360 Online, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan PKPgB Jimmy Lagung memaklumkan bahawa mereka telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42 tengah hari.
“Sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Sandakan dengan keanggotaan seramai sembilan orang bersama jentera dan unit EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori 3 tan yang bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki berumur 35 tahun dikeluarkan daripada lori berkenaan oleh pasukan bomba.
“Pasukan unit EMRS membuat rawatan awal kepada mangsa seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk dihantar ke hospital bagi rawatan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan yang wujud di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 1.25 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ