Oleh: Billy Joe Dominic
Yang Berhormat tidak sensitif kepada penderitaan rakyat.
Kenaikan gaji para yang berhormat dikala rakyat bergelumang dengan pelbagai masalah dilihat sebagai mereka mereka ini tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat di bawah.
Para YB dan menteri menerima pelbagai elaun dari kerajaan, terdapat juga menteri dan adun menyandang jawatan berpendapatan di GLC. Mereka mendapat pelbagai keistimewaan.
Ketua menteri sebagai contoh memegang jawatan di GLC dapat elaun dari GLC, medapat elaun dari kerajaan, Bil letrik air percuma dan pelbagai lagi keistimewaan. Adakah ini masih tidak mencukupi?
Ada yang menyarankan kepada rakyat jika harga telur mahal kurangkan makan telur. mungkin para menteri ini boleh guna saranan ini juga kalau gaji tidak cukup kurangkan perbelanjaan mereka.
Adakah dengan kenaikan gaji mereka ini masalah rakyat akan selesai? sudah tentu tidak. tetapi kenaikan gaji ini akan membebankan keewangan kerajaan.
Disana sini rakyat mengeluh dengan pelbagai masalah dan majoriti kepada permasalahan rakyat memerlukan keewangan untuk di selesaikan, setiap kali rakyat meminta, mereka beritahu bahawa tiada peruntukan. Tapi naik gaji ada pula peruntukan.
permasalahan asas seperti jalan raya, Sekolah daif, ketiadaan air, bekalan letrik selalu putus, kos sara hidup yang semakin meningkat dan kegiatan rasuah yang semakin kronik di sabah adalah masalah utama yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan bukan kenaikan gaji mereka sendiri.
mereka berada di sana menawarkan diri sebagai wakil rakyat kononya untuk rakyat, tetapi hari ini jelas kita nampak sikap mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri dan membelakangi rakyat. Kenaikan gaji yang berhormat ini tiada keuntungan kepada rakyat sebaliknya hanya Menguntungkan para yang berhormat yang kononya susah senang bersama rakyat setiap kali pilihanraya.
Kenaikan gaji bukanlah keperluan mendesak bagi para YB ini. saya harap YB YB ini lebih sensitif, kalau dengan gaji mereka sekarang mereka sudah rasa terbeban dan tidak mencukupi, bayangkan rakyat di bawah yang bergaji minimum 1500 sebulan.
*Billy Joe Dominic merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Penampang

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ