Dua beradik tamatkan pengajian ijazah sarjana muda di bawah kendalian PLUMS

KOTA KINABALU: Dua beradik kelahiran Kuala Penyu, Nuhazirah Tamit, 26, dan Nurhayati Tamit, 26, bersama – sama menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program Ijazah Sarjana Muda (Kewangan dan Perbankan) yang dikendalikan oleh Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS).

Dilahirkan pada tahun yang sama dengan perbezaan jarak kelahiran hanya lapan (8) bulan sahaja, adik beradik ini menorak langkah untuk berjaya dalam bidang pendidikan diperingkat tertinggi seperti kakak sulung mereka yang juga merupakan alumni UMS pada tahun 2017.

Walaupun bergelar usahawan anak desa, adik beradik ini tidak gentar dan segan dengan cabaran dan dugaan demi mengapai segulung Ijazah Sarjana Muda impian mereka, bak kata peribahasa “merapat sambil belayar, belayar sambil memapan”.

Kami lebih suka dan gembira memilih untuk belajar di UMS, khususnya pada program yang dikendalikan oleh PLUMS disebabkan mudah untuk kami yang bekerja sambil belajar. Kata si adik (Nuhazirah).

Dalam masa sama, melanjutkan pengajian di Universiti dan dalam program yang sama, ia amat mudah untuk kami melengkapkan dan menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan jayanya.

Kedua graduan berkenaan masing – masing berjaya menamatkan pengajian dalam program yang dicuburi dan di anugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda kepujian (kewangan Perbangkan) bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah kali yang ke – 24 tahun 2022.

Mereka berdua mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan mereka, sambil mengajak rakan – rakan yang lain untuk mengikuti pengajian di UMS, khususnya pada program yang dikendalikan oleh PLUMS.

Terdahulu, warga PLUMS mengucapkan syabas dan Tahniah kepada graduan berkenaan. Kini PLUMS mempunyai empat (4) lokasi pembelajaran utama iaitu di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelbagai program di tawarkan oleh PLUMS di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan juga Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus/ Mod Campuran)
Maklumat terperinci boleh layari laman facebook rasmi Pusat Luar UMS atau menghubungi talian teris di nombor 088- 329 380.