SANDAKAN : Seorang lelaki mait dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Datu Pangeran Batu 7 Sandakan, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, berkata mangsa dikenali sebagai Ridzsfar Jafar, 18 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Polis.
Katanya, pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi tadi, kemudian tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7 Sandakan.
“Pihak Bomba kemudiannya bertindak mengangkat mangsa menggunakan pengangkat dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 11.59 pagi tadi.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad