GEORGE TOWN: Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk bantuan subsidi tiket penerbangan khusus kepada pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bantuan khas one-off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.
“Bantuan khas tiket penerbangan one-off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan,” katanya.
Pengumuman tersebut disampaikan oleh beliau semasa kunjungan ke Pulau Pinang dalam rangka Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung yang berlangsung pada hari Isnin.
“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.
Pengumuman bantuan tersebut bakal memberi maanfaat dan membantu pelajar Sabah yang kurang berkemampuan untuk pulang ke kampung halaman mereka semasa cuti musim perayaan nanti.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ