Shopping Raya bersama KTC, UPPM labuh tirai, sejumlah 700 kanak-kanak diraikan

BEAUFORT: Seramai 50 kanak-kanak yatim dan asnaf diraikan dalam program Shopping Raya di Servay Jaya, di sini, baru-baru ini.

Program yang ditaja syarikat Kim Teck Cheong (KTC) berkenaan adalah yang ke-10 dan terakhir selepas ianya ‘menjelajah’ ke sekitar negeri, sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, Inisatif berkenaan disokong sepenuhnya oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan telah menggembirakan seramai 700 kanak-kanak sejak ianya diadakan.

“Ianya kali pertama diadakan, pihak UPPM dan KTC berjaya mengembirakan seramai jumlah keseluruhan 700 kanak kanak bermula daripada Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Sandakan Parkwell, Kota Marudu, Likas, Penampang, Keningau dan Beaufort.

“Saya bersyukur walaupun bukan semua kanak-kanak dapat dibantu, sekurang-kurangnya kita masih dapat meraikan mereka yang terpilih. Apa yang kanak-kanak ini bawa balik iaitu baju raya adalah untuk mengembirakan mereka sebelum hari raya.

“Sebagai seorang bapa, saya boleh merasai kegembiraan kanak-kanak apabila tiba musim perayaan dan berpeluang untuk membeli baju raya. Ini menjadikan kenangan terindah buat kami dan juga kanak-kanak ini,” katanya.

Program terakhir di Beaufort diadakan di Masjid DSP Hj Lajim Ukin di Kampung Kebatu, Klias, iaitu Parlimen ke-25 siri jelajah berkenaan.

Ia dihadiri pemimpin setempat termasuk Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih (ADUN Klias); Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury (ADUN Kuala Penyu); Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang. – Info X