SESB Rai Golongan Memerlukan Sempena Aidilfitri

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyantuni golongan anak yatim piatu serta beberapa madrasah, masjid dan surau dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri SESB 2024.

Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, bantuan melalui Wakalah Zakat SESB itu bermatlamat meringankan beban para penerima agar dapat merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna.

“Dalam semangat yang sama, SESB juga telah menyampaikan sumbangan kepada Sabah Society for The Blind (SHSB) di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat ini,” katanya ketika berucap dalam majlis itu di Wisma SESB hari ini.

Antara penerima sumbangan termasuk Madarasah Tahfiz Al-Quran Bahrul Ulum, Kampung Warisan, Masjid An-Nur, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Surau SESB Kendalian Pembahagian Kota Kinabalu (KPKK) Zon Metro serta empat tukang urut buta daripada SHSB.

Setiap penerima telah menerima sumbangan wang berjumlah RM300 hingga RM5,000 yang diserahkan oleh Pengerusi SESB diiringi Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar.