LAHAD DATU : Polis menahan enam lelaki bagi membantu berkaitan siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur di sini semalam.
Ketua Polis Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, kes ini difahamkan berlaku sejak awal tahun ini manakala mangsa berusia 15 tahun serta masih bersekolah.
Katanya, polis menahan kesemua suspek lelaki berusia 13 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes ini.
“Kejadian ini dikatakan berlaku sejak awal tahun ini disyaki berlaku di rumah mangsa termasuk di dalam kenderaan.
“Semua suspek ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dzulbaharin berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun hingga maksimum 30 tahun dan sebat.
“Polis menasihatkan agar ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan pergaulan serta telefon bimbit mereka.
“Kita juga kepada semua bahawa melakuian hubungan intim di bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan walaupun dengan kerelaan,” jelas Dzulbaharin. –SABAH NEWS TODAY

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ