KOTA KINBALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Wilferd Madius Tangau (gambar) dijangka akan merasmikan Karnival Hari Penderma Darah Sedunia Sabtu ini (22 Jun) bertempat di tingkat bawah Dewan Pameran Kompleks Karamunsing bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, karnival ini adalah anjuran bersama Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II dan Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2019 dengan kerjasama beberapa syarikat badan kerajaan dan NGO seperti persatuan Thalasemia Sabah, Syarikat LifeWater Industries Sdn Bhd, Novartis, Terumo, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Sai Baba, Ahmadiya Muslim Community Malaysia, Kompleks karamunsing, Persatuan Kebajikan An Nur Inanam, Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (PERDARAH ), ABO, Pertubuhan Persahabatan Malaysia dan Pendarah.
“Pelbagai acara menarik selain Kempen Derma darah juga disediakan seperti Booths Jualan, Makeover Percuma, Permainan Video, Pertandingan Mewarna, Program SteP, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi. Ujian Ekslusif akan dibuat kepada penderma darah tetap yg menderma pada hari tersebut. Dalam pada masa yang sama karnival kali ini lebih menarik dengan kehadiran Perpustakaan Negeri Sabah, Petrosains Kota Kinabalu dan TinyRobot dalam menjayakan aktiviti-aktiviti menarik.
“Kami juga selaku penganjur bersama mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat, Persatuan dan individu yang telah menyumbang sama ada wang ringgit, tenaga atau idea dalam menjayakan kempen kali ini,” Kata Alix.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ