KOTA KINABALU: Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menyelar sikap segelintir pemimpin di Sabah yang sanggup berpecah kerana berbeza pendapat mengenai kaedah menuntut hak Sabah

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Beliau berkata, pemimpin terbabit berpendapat Sabah perlu meniru Sarawak yang berjaya membuat beberapa tuntutan terhadap kerajaan Pusat.
Katanya, pemimpin terbabit juga memuji orang Sarawak kerana lebih pandai mengurus negeri mereka, berbanding orang di Sabah.
“Sebenarnya Sarawak tidaklah lebih hebat dari kita di Sabah dalam usaha dan hujah menuntut hak-hak Sabah dalam perlembagaan dan MA63 tetapi Sarawak ada satu kelebihan dalam satu perkara yang Sabah tidak mahu tiru.
“Sebab utama kejayaan Sarawak menuntut haknya dalam MA63 dan Perlembagaan Malaysia adalah kerana kestabilan politik di Sarawak.
“Kestabilan politiklah yang menyebabkan Sarawak nampak ke depan dalam tuntutan mereka kepada kerajaan pusat. Di Sabah, kestabilan politik masih menjadi satu cabaran dan ilusi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Atas sebab itu, katanya beliau terpanggil untuk menyatakan bahawa pemimpin politik yang mahu berpecah belah sepatutnya tidak melakukannya kerana perpecahan dan perbalahan itulah yang menjadikan Sabah dilihat kurang efektif. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ