PENAMPANG: Mangsa dipindahkan akibat banjir di daerah ini meningkat kepada 114 mangsa daripada 42 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 78 mangsa pada jam 4 subuh tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 112 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, manakala dua mangsa di Dewan Sri Putatan, Putatan.
Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, mangsa dipindahkan setakat ini terdiri daripada 35 lelaki dewasa dan 50 wanita dewasa, manakala 20 lagi kanak-kanak lelaki dan sembilan orang kanak-kanak perempuan.
Jumlah mangsa dijangka terus bertambah berikutan masih ada mangsa dilapor terperangkap dan tidak dapat dibawa keluar malam tadi akibat arus deras, selain keadaan gelap yang menyukarkan operasi.
Difahamkan, lebih 20 kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir, termasuk sebahagian pekan Donggongon, di sini akibat limpahan air Sungai Moyog berikutan bacaan air yang melebihi sembilan meter, iaitu melepasi paras bahaya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ