KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 328 orang setakat jam 4 petang tadi.
Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu membabitkan mangsa yang dipindahkan ke PPS di Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.
Setakat jam 4 petang tadi, Penampang merekodkan pemindahan mangsa paling ramai iaitu 165 mangsa daripada 67 keluarga, diikuti daerah Putatan seramai 116 mangsa daripada 25 keluarga.
Jumlah mangsa di kedua-dua daerah itu yang dipindahkan ke PPS Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dan Dewab Sri Putatan, Putatan menunjukkan peningkatan berbanding masing-masing 126 dan 36 mangsa pada tengah hari tadi.

Sementara itu, di Tuaran seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, manakala seramai 18 mamgsa daripada lima keluarga dipindahkan di PPS Balai Raya Kampung Bontoi di Tamparuli.
Setakat ini, seorang mangsa dilaporkan terkorban akibat dihanyut arus deras ketika mengharung banjir di Penampang awal pagi tadi. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ