PENAMPANG: Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Minintod, Jalan Datuk Panglima Banting, di sini, malam tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.18 malam.
Katanya, seramai 27 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Putatan dan Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, operasi pemadaman menggunakan dua aliran tiga pancutan dengan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berdekatan.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada jam 10.42 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 1.05 pagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad