KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah penginapan di Blok D, tingkat tiga, bangunan KK Times Square, di sini, berjaya mengelak kejadian berlaku lebih teruk, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu hanya membabitkan dua bilik penginapan dan tandas yang terbakar.
Kejadian itu turut menyebabkan pengunjung dan orang ramai cemas selepas kelihatan kepulan asap tebal keluar dari bahagian tingkap bangunan berkenaan.
Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Rashid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.32 petang.
Katanya, seramai 27 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan satu pancutan dari sumber air tangki jentera serta sitem pancur basah bangunan.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.52 petang dan kebakaran membabitkan dua bilik dan tandas yang berada di tingkat tiga bangunan berkenaan terbakar 50 peratus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 7.52 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ