Kota Kinabalu: Beberapa daerah di negeri ini yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sejak tengah hari tadi telah mengakibatkan berlaku kejadian pokok tumbang.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, JBPM telah terima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang yang bermula seawal jam 11 pagi sehingga jam 6 petang tadi.
Menurut JBPM, sebaik menerima panggilan kecemasan, pihaknya seera menggerakkan anggota ke kawasan terlibat.
“Setakat ini sebanyak 13 kes operasi dilaksanakan pihak bomba selepas menerima panggilan kecemasan seawal jam 11 pagi sehingga jam 6 petang.
“Kes terbabit adalah melibatkan satu kes bagi BBP Ranau, Papar, Kota Belud, Sipitang, Kuala Penyu, Tuaran dan Sook.
“Dalam tempoh sama kita juga melaksanakan operasi mengalihkan pokok tumbang sebanyak dua kes di setiap daerah iaitu Putatan, Penampang dan Lintas,” menurut kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negeri ini termasuk Sandakan, Telupid dan Beluran serta kawasan Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ