Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima Anugerah Penaung Kehormat (Distinguished Honorary Patron) daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).
Anugerah itu disampaikan Pengerusi AFEO dan Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Ir Professor Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin diiringi oleh Pengerusi IEM Sabah, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan mantan Pengerusi IEM Sabah, Datuk Ir. Willy Chin Tet Fu.

Hadir sama dalam majlis ringkas di Istana Seri Kinabalu ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, pada Isnin.
Jeffrey ketika ditemui media berkata anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan pembangunan sosial, ekonomi dan kejuruteraan Sabah di bawah kepimpinan Tun Juhar.
Beliau turut berharap agar penganugerahan itu dapat menarik pelbagai inisiatif terutama dalam bidang kejuruteraan ke negeri ini.

Tun Juhar merupakan penerima ketiga dari Malaysia selepas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ketujuh, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas pada tahun 2015 dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018. -SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ