KOTA KINABALU: Seramai 17 vendor telah menerima anugerah penghargaan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam satu majlis makan malam sempena Program Vendor Day SESB 2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.
Majlis tersebut diadakan bagi menghargai usaha dan dedikasi para vendor dalam menyokong operasi SESB.
Berucap ketika merasmikan program berkenaan, Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memaklumkan bahawa anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang vendor yang telah memberi sumbangan penting dalam memastikan kelancaran rantaian bekalan tenaga di Sabah.
Dalam pada itu, lima kategori anugerah telah disampaikan, iaitu Top Performer Award in Supply and Delivery, Top Performer Award in Work and Services, HSE Excellence Award, Loyalty Excellence Award dan Most Outstanding Partnership Award.
Penerima Anugerah Platinum bagi setiap kategori tersebut masing-masing adalah Petronas Dagangan Berhad (Supply and Delivery), Penulaju Sdn Bhd (Work and Services), Anjur Ekar Sdn Bhd (HSE Excellence), Arijaya Enterprise (Loyalty Excellence) dan Penulaju Sdn Bhd (Most Outstanding Partnership).
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd. Yaakob Hj. Jaafar, 323 wakil vendor dan kakitangan SESB, menjadikan ia sebagai platform penting untuk mengukuhkan hubungan strategik dan operasi antara SESB dan rakan niaga dalam industri tenaga.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata