TENOM: Usaha berterusan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk mendekati rakyat serta memperjuangkan kepentingan masyarakat di kawasan pedalaman, mendapat sambutan rakyat Sabah.
Sabtu lalu, UPKO terus memperkukuhkan kehadirannya di pedalaman Sabah dengan penubuhan cawangan baharu di Kampung Lintubong, Tenom..
Majlis penubuhan cawangan itu menyaksikan seramai 45 penduduk kampung menyerahkan borang keahlian kepada Junik Bajit, Ketua Bahagian UPKO N.42 Melalap.
Dalam ucapannya, Junik menzahirkan rasa penghargaan atas sokongan padu masyarakat setempat terhadap perjuangan parti.
Ketua Cawangan yang baharu dilantik, Loron Moris Mansigar, yakin bahawa keahlian UPKO di kampung itu akan terus bertambah.
“Kami berjanji untuk mengukuhkan sokongan penduduk kampung terhadap UPKO, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN-17) yang akan datang,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ