BELURAN: Lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di sungai berhampiran Kampung Timbulus, Sugut, di sini, semalam.
Mangsa berusia 30 tahun yang memancing berseorangan disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga kini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Penolong Penguasa Bomba, Edoen Macheal berkata, bilik kawalan menerima panggilan kecemasan daripada Ketua Balai Polis Paitan, 9.25 pagi tadi.
Katanya, menurut maklumat polis, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Timbulus, Sugut untuk aktiviti memancing, kira-kira 8 pagi, semalam.
“Pencarian dijalankan oleh pasukan bomba bersama agensi penyelamat lain dengan menggunakan dua bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Pencarian dimulakan di kawasan berhampiran tempat mangsa dilaporkan hilang dengan radius sejauh tujuh kilometer sepanjang alur sungai,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.
Menurutnya, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan operasi ditangguhkan kira-kira 6 petang tadi.
“Operasi pencarian akan disambung semula pada esok pagi.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ