KOTA KINABALU: Tarikh 30 Mac ini diwartakan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah bersempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.
Sebelum ini, hari jadi rasmi TYT ditetapkan pada Sabtu pertama Oktober.
Tun Musa mengangkat sumpah sebagai TYT Sabah Ke-11 di Istana Seri Kinabalu pada 1 Januari lalu menggantikan Tun Juhar Mahiruddin.
Pindaan baharu itu diwartakan oleh kerajaan dan dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong atas perintah TYT pada 6 Mac lalu.
Tarikh baharu pada 30 Mac itu jatuh pada hari Ahad.
Berikutan itu, hari Isnin (31 Mac) berikutnya adalah cuti ganti kelepasan am, namun disebabkan sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka jatuh pada 31 Mac dan 1 April, maka cuti ganti kemungkinan dilanjutkan ke hari Rabu, 2 April 2025. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ