MENUMBOK: Seekor buaya berjaya ditangkap selepas dikesan ‘menunggu’ di tepi sebuah bot ketika lima individu hendak turun ke sungai, di Kampung Tepi Laut, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi, buaya itu dilihat berada di tepi bot sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Setelah menerima maklumat itu, sepasukan tiga anggota APM Menumbok dikejar ke lokasi bagi melaksanakan operasi menangkap buaya bermula jam 2.28 pagi hingga jam 5.50 pagi tadi.
Buaya bersaiz hampir sebesar orang dewasa itu kemudiannya berjaya ditangkap dan dijerut dengan tali bagi mengelakkannya daripada terlepas. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ