KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di Pantai Barat Sabah.
Antara daerah yang terlibat di Sabah ialah kawasan pedalaman, Sipitang dan Beaufort selain kawasan Pantai Barat iaitu Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Selain itu kawasan utara Sabah, iaitu daerah Kudat turut dijangkakan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam nanti.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ